Wednesday, 1 May 2013


Dihasilkan oleh:

SHANMUGASANTA A/P PONNASAMY
NURHAZLINA BINTI MOHD PARNI
DALPREET KAUR A/P MEHER SINGH
NISHATHINI A/P CONASEGARAN
AZMI BIN MD DAUD

Sunday, 28 April 2013

KESIMPULAN


         Secara kesimpulan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.
Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita semua tahui.  Ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan.
Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan nagara dan agama kita.

INTERAKSI & GLOBALISASI



Tamadun dari segi interaksi dan globalisasi terbahagi kpd 2 iaitu:

1-Tamadun Terbuka
*Tamadun yang mempunyai interaksi antara satu sama lain
*Menerima setengah unsur tamadun lain dalam pembinaan dan pengukuhan tamadun itu sendiri
*Tamadun yang mempunyai hayat yang lama
*Berkembang dan merentasi wilayah yang luas. Inilah yang dimaksudkan dengan globalisasi tamadun

2-Tamadun Tertutup

*Tamadun yang tdk mempunyai interaksi antara satu sama lain
*TIdak Menerima setengah unsur tamadun lain dalam pembinaan dan pengukuhan tamadun itu sendiri
*Tamadun yang mempunyai hayat yang singkat
*Tidak berkembang dan merentasi wilayah yang luas.

KEWUJUDAN TAMADUN MELAYU


ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU :

·         Tamadun Awal (40,000 – 2,000 tahun dahulu )
-          Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia di Leggong , Perak . Ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik .

·         Zaman Gangsa (2,500 tahun dahulu )
-          Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Tanah Melayu digelar sebagai (Semenanjung Emas ) manakala Tanah Jawa digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa. Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas diseluruh Eropah .

·         Zaman Neolitik (10,000 – 5,000 tahun dahulu )
-          Pada zaman ini , masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan . Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.

·         Paleolitik ( 40,000 – 35,000 tahun dahulu )
-          Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli.
-          Kehidupan yang mereka lalui adalah secara nomad yang bermaksud hidup secara berpindah – randah . Ada di antara beberapa kumpulan yang memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan China . Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’.
TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM :

Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yg dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu . Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Dan secara tidak langsung , tercetuslah pandangan semesta masyarakat Melayu yang terbahagi kepada 3 iaitu :
·          Zaman pra-islam :
-          Bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’.

·         Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
-          Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun . Memberi kesan mendalam terhadap  sistem sosial masyarakat Melayu seperti sistem kasta  yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.

·         Zaman kedatangan Islam:
-          Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.

KESAN DAN PENGARUH ISLAM KEPADA TAMADUN MELAYU :
    I.       - Agama dan Kepercayaan
 II.      -  Pendidikan
III.     -   Bahasa & Kesusasteraan
 IV.     -   Perundangan
    V.       - Politik & Pentadbiran
 VI.        -Adat & Cara Hidup