ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU :
·
Tamadun Awal (40,000 – 2,000 tahun
dahulu )
-
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah
bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia
dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara penemuan
terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan
rangka manusia di Leggong , Perak . Ditemui beberapa kawasan pembuatan
peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan
manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik .
·
Zaman Gangsa (2,500 tahun dahulu )
-
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah
pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan
perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai
Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah,
Jawa, dan Cina. Tanah Melayu digelar sebagai (Semenanjung Emas ) manakala Tanah
Jawa digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit
lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa. Pada ketika ini, kemahsyuran dan
kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas
diseluruh Eropah .
·
Zaman Neolitik (10,000 – 5,000 tahun
dahulu )
-
Pada zaman ini , masyarakat mula mengetahui
cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui
cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan . Pada
era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi
meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia
lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap
atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.
·
Paleolitik ( 40,000 – 35,000 tahun
dahulu )
-
Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini
kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’. Manusia-manusia awal menjalani
kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal
masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang
Asli.
-
Kehidupan yang mereka lalui adalah secara nomad
yang bermaksud hidup secara berpindah – randah . Ada di antara beberapa
kumpulan yang memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan China . Kumpulan
yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan
beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya
kita gelar, ‘Tanah Melayu’.
TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM :
Kehidupan masyarakat Melayu
dipengaruhi oleh kebudayaan yg dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada
pandangan semesta tradisional orang Melayu . Kebudayaan sesebuah masyarakat
adalah berbeza antara satu sama lain. Dan secara tidak langsung , tercetuslah pandangan
semesta masyarakat Melayu yang terbahagi kepada 3 iaitu :
·
Zaman pra-islam :
-
Bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan
kepercayaan ‘dinamisme’.
·
Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
-
Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan
amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun . Memberi
kesan mendalam terhadap sistem sosial
masyarakat Melayu seperti sistem kasta
yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama
dan juga rakyat jelata.
·
Zaman kedatangan Islam:
-
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan
keseluruhan pandangan dunia Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan
meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.
KESAN DAN PENGARUH
ISLAM KEPADA TAMADUN MELAYU :
I. -
Agama dan Kepercayaan
II. -
Pendidikan
III. -
Bahasa & Kesusasteraan
IV. -
Perundangan
V. -
Politik & Pentadbiran
VI. -Adat & Cara Hidup
No comments:
Post a Comment