Sunday, 28 April 2013

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG



a)    Bidang Persuratan
-          Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan bahasa Sanskrit , seterusnya bertukar kepada penulisan dalam bahasa Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam bahasa Roman (rumi). Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam .

b)   Bidang Kesenian
-          Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi dan seni yang mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan kehidupan manusia . Oleh  itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan hasil seni yang dibina dan merangkumi pelbagai bentuk kesenian .

c)    Bidang sains & teknologi
-          Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya. Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang Melayu mahir dalam pembinaan rumah dan masjid .

d)   Bidang Pendidikan
-          Diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. Kemudahan yang disediakan untuk orang Melayu ialah pembinaan pondok yang didirikan disekitar sekolah agama ini.

No comments:

Post a Comment