SEJARAH TAMADUN INDIA
Sejarah kemunculan Tamadun India boleh di kategorikan kepada tiga peringkat iaitu: zaman awal,zaman pertengahan dan zaman moden.
ZAMAN AWAL(100,000 SM – 1000 SM)
Zaman Awal dalam sejarah tamadun India boleh dipecahkan kepada zaman-zaman berikut:Zaman Pra-sejarah,Tamadun Lembah Indus,Zaman Vedik,Empayar Maurya,Empayar Gupta,Zaman Sangam,Zaman Pallava dan Zaman Chola.
ZAMAN PRA SEJARAH(100,000 -1000 SM)
Zaman Awal dikenali juga sebagai Zaman Pra-sejarah.Zaman Pra-sejarah dikategorikan kepada tiga tempoh iaitu: Zaman Paleolitik (100,000 SM), Zaman Mesolitik (100,000 SM hingga 10,000 SM) dan Zaman Neolitik (10,000 SM – 3,000 SM). Pada zaman ini perkembangan kehidupan manusia dianggap masih berada di bawah paras ketamadunan.Pada zaman Paleotik umpamanya, aspek teknologi dilihat terlalu minimum, kehidupan mereka adalah secara nomad dan ringkas.Manakala Zaman Mesolitik dilihat oleh ahli sejarah sebagai zaman lebih maju, berdasarkan peralatan yang digunakan seperti kapak batu dan alat yang lebih halus buatannya.Zaman Neolitik pula dilihat bertambah maju.Walaupun peralatan yang digunakan masih batu, tetapi alatan-alatan tersebut lebih berkilat dan berseni.Dalam pada itu, penempatan penduduk sudah kekal; tidak lagi berpindah-randah.
TAMADUN LEMBAH INDUS(3,000 – 1,500 SM)
Tamadun Lembah Indus muncul sekitar (3,000 – 1,500 SM) dan dikenali juga dengan Zaman Proto.Pada zaman ini, pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya, terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan dan orgnisasi.Pada masa ini telahpun wujud hubungan antarabangsa berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemui seperti barangan buatan Harappa yang terdapat di Mesopotamia.
Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina secara terancang.Jalan-jalannya luas unuk pejalan kaki dan kenderaan beroda.Manakala di sebelah kiri dan kanan jalan,penuh sesak dengan rumah-rumah kediaman.Masing-masing terdapat kolam dan tempat mandi sendiri dengan system saliran yang baik.
Secara umumnya, kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Lembah Indus, boleh digariskan seperti berikut:
·
Wujudnya
rumah-rumah kediaman yang dibina daripada susunan bata-bata salai yang
dilengkapi dengan bilik tidur,bilik air dan perigi.
·
Adanya
jalan-jalan berukuran 10 meter lebar untuk pejalan kaki.
·
Terdapat
perparitan yang dibina selari dengan jalanraya dan berkeadaan tertutup
·
Wujud
kolam mandi yang besar(The Great Bath) yang bersaiz 11.8 m panjang, 7m lebar
dan 2.4m kedalamannya.Turut disediakan juga tangga selebar 2.4m.
·
Benteng
pengawal banjir yang dibina setinggi 13.1m
·
Gudang-gudang
besar bagi menyimpan bijirin bagi keperluan makanan setempat.
Selain
itu,terdapat beberapa bukti lain seperti cop mohor bergambar yoga,patung-patung
wanita
untuk
penyembahan kepada Dewa Ibu dan juga beberapa tulisan piktografik yang
berlambangkan ikan dan binatang.Selain itu,turut ditemui peralatan untuk tujuan
pengangkutan seperti perahu dan kereta lembu.
Kemusnahan
Tamadun Lembah Indus berlaku sekitar tahun 1500 SM.Antara factor besar yang
dapat dikesan ialah ianya berpunca daripada berlakunya peristiwa banjir besar,wabak
penyakit dan berlakunya peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan
orang-orang Parsi.
ZAMAN VEDIK (1,500 – 500 SM)
Zaman Vedik dibahagikan kepada “Veda Awal” (1,500- 1,000 SM) dan “Veda akhir” (1,000 – 500 SM). Pada zaman ini berlaku kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daipada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali sebagai Indo- Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal. Bagaimanapun, asimilasi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan berlaku. Pada tahun 1,200 SM hingga 1,000 SM, Kitab Rig Veda telah disusun untuk dijadikan panduan dan rujukan. Asas organisai politik (stratifikasi social) juga telah wujud dan terdiri daripada raja, menteri, ketua-ketua dan orang- orang kaya. Mereka juga ada samriti (perhimpunan rakyat) yang bertanggungjawab menghadkan kuasa raja.
Empayar Maurya (326- 185 SM)
Zaman Vedik dibahagikan kepada “Veda Awal” (1,500- 1,000 SM) dan “Veda akhir” (1,000 – 500 SM). Pada zaman ini berlaku kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daipada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali sebagai Indo- Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal. Bagaimanapun, asimilasi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan berlaku. Pada tahun 1,200 SM hingga 1,000 SM, Kitab Rig Veda telah disusun untuk dijadikan panduan dan rujukan. Asas organisai politik (stratifikasi social) juga telah wujud dan terdiri daripada raja, menteri, ketua-ketua dan orang- orang kaya. Mereka juga ada samriti (perhimpunan rakyat) yang bertanggungjawab menghadkan kuasa raja.
Empayar Maurya (326- 185 SM)
Pengasas empayar ini ialah
Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Mauriya. Empayar inin telah
mencapai zaman gemilang ketika agarama Buddha da njaina menjadi anutan
pemerintah; terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya.
Empayar ini berada di puncak keagungan dan zaman keemasannya pada zaman
pemerintahan Asoka (268 – 231 SM). Beliau telah mewujudkan jawatan
pegawai keadilan untuk memastikan semua reformasi yang dirancangkan oleh
pemerintahan pusat dilaksanakan di peringkat wilayah. Kejayaan beliau adalah
disebabkan ketegasannya untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah seperti
hukuman mati secara tegas dan berkesan.
Sebuah buku “Arthasastra” yang berupa teks tentang kerajaan dan ekonomi susunan
atau karya Kautalya (penasihat kepada Chandragupta) juga telad ditulis. Buku
ini telah dijadikan panduan kepada pemerintahan dan dihortmati oleh semua
rakyat.
Zaman Maurya berakhir dengan berlakunya serangan dari luar, sekitar tahun 185
SM – 320 SM. Ianya digantikan oleh Pushyamitra Sungha (180SM), pengasas Dinasti
Shunga apabila berjaya menguasai sebahagian lembah Ganges. Bagainamapun
kedatangan Iskandar Zulkarnain (Iskandar yang Agung) atau Alexander The Great
pada tahun 327 SM telah menyebabkan lahirnya masyarakat Indo Great yang terdiri
daripada Bactria, Scyhians dan Parthians yang merupakan kelompok- kelompok
nomad yang berhijrah ke Asia Tengah, termasuk India dan kemudiannya menubuhkan
dinasti-dinasti kecil.
EMPAYAR GUPTA (320 -520 M)
Empayar
ini dikenali dengan Zaman Klasik,kerana kebudayaan Hindu di Utara India pada
zaman ini semakin kukuh.Perkembangan kesusasteraan Hindu,termasuk juga senibina
kuil,kesenian dan sains semakin rancak dengan terbinanya sebuah kuil yang
dianggap penting pada zaman ini iaitu Kuil Vishnu di Deograrh.Manakala karya
terpenting dalam zaman ini ialah Shankuntala dan Kama Sutra.Kegemilangan dan
kecemerlangan zaman ini banyak bergantung kepada kemunculan Dinasti Gupta yang
diasaskan oleh Chandraguta I sebelum dikembang dan diperluaskan oleh
Samudragupta.Chandragupta telah mendapat gelaran Indian Nepoleon kerana
kemampuannya dalam mencapai kecemerlangan ini.Walau bagaimanapun, ancaman dari
puak Hunan telah Berjaya melemahkan dan menjatuhkan kerajaan Gupta.
ZAMAN SANGAM(300 SM – 600 M)
Di
bahagian Selatan India telah wujud kerajaan-kerajaan Chera,Chola dan Pandhya
yang disebut sebagai Zaman Sangam.Ia dikenali kerana sumbangan besar dalam
bidang kesusasteraan dan hubungan perdagangan dengan Eropah dan Asia Tenggara.
ZAMAN PALLAVA(600 M – 900 M)
Zaman
ini dikenali sebagai Zaman Gelap kerana berada di bawah pimpinan kumpulan
Kalabhra yang mementingkan Buddhism serta Jainism.Kemunculan kerajaan Pallava
ini telah memperlihatkan kepentingan Saivism dan Vaisnavism, pembinaan kuil dan
pergerakan bhakti.
ZAMAN CHOLA (850 – 1200 M)
Zaman
ini berada di bawah pemerintahan raja yang bergelar Rajendra Chola yang telah
menyaksikan perluasan kuasa di bawah pemerintahan beliau serta penyebaran
kebudayaan Tamil.
Zaman
Pertengahan (1000-1756 )
Zaman
pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam
memerintah India selama hamper 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat
kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada
abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada
tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan
kerajaan Islam. Peringkat awal hanya berlaku dalam bentuk hubungan perdagangan
di bahagian pesisiran pantai.
Peringkat kedua pula berlaku dalam bentuk penaklukan oleh Turki, Afghan dan
Mongol. Penguasaan Afghan dilakukan melalui Mahmud Al-Ghaznawi (1008-1026 M ).
Bandar-bandar yang dikuasai ialah Thanesar, Kanauj dan Mathura yang terletak di
bahagian utara India. Pada tahun 1191 M, India telah diambil alih oleh Muhammad
Ghuri, kemudian dirampas oelh hambanya Qutbuddin Aibak pada tahun 1206 M.
Kerajaan-kerajaan Islam berikutnya ialah
·
Dinasti Hamba ( Kesultanan Delhi ) 1206-1290 M.
·
Dinasti Khilji 1290-1320 M
·
Dinasti Tughluq 1320-1412 M
·
Dinasti Sayyid 1412-1450 M
·
Dinasti Lodi 1451-1526 M
·
Dinasti Babur / Mughal 1526-1707 M
Namun,
kerajaan Islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan
Hindu-Sikh ke atas Kerajaan Mughal dan diikuti serangan dari pihak Inggeris
pada 1857 M.
Zaman
Moden (1857M- kini )
Zaman
moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah
British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga
buah Negara (India, Pakistan dan Bangladesh ). Rentetan daripada itu,
sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan
Bangladesh. Manakala sebahagian kecil daripadanya masih terus menetap di Negara
India ( baru ) (Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, 2009: 1-7 )
KONSEP TAMADUN INDIA
Tamadun
India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang
berpusat di India utara dan Dravida yang berpusat di India Sealatan.
WILAYAH
KEDUDUKAN
GEOGRAFI
Benua kecil India terletak di
antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan
seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan
seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang
besar, iaitu Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di antara Utara
dan Selatan India adalah pergunungan Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun
ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat,
bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina.
Keadaan
geografi boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan
perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak
berbeza. Ia berbeza dari segi :-
·
rupa
bentuk fizikal
·
bahasa
·
budaya
·
amalan-amalan
keagamaan
Masyarakat Indo-Arya
Bahasa Sanskrit bahasa utama
dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama
dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang
menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini
mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek :-
·
pemikiran
·
kepercayaan
·
amalan
·
kehidupan
masyarakat Indo-Arya
Masyarakat Dravida
Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan
asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat
ini adalah berasaskan ajaran mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak
dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.
MASYARAKAT DAN
BUDAYA:
Dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan
kepada bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo-Arya
menetap di Utara India dan orang Dravidia di Selatan India.
Sistem keluarga
Tujuan berkeluarga adalah untuk
mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat
ataupun keturunan. Mengamalkan system keluarga bersama yang mana keanggotaan
berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin.
Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama
dan harta dikongsi bersama.
Perpaduan
pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini
dipelihara oleh dua aspek iaitu :-
·
Ashrama
Dharma
·
Purusartha
Ashrama Dharma
Ia
menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:-
1. Tahap Pertama =
Brahmacharya: Mempelajari ilmu pengetahuan
2. Tahap Kedua =
Grihasta: Berumah tangga dan bekerja
3. Tahap Ketiga =
Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi
4. Tahap Keempat =
Sannyasa: Sebar ilmu kepada masyarakat
Purusartha
Ia menjelaskan empat objektif
mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu:-
1. Objektif Pertama
Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan kepada moral dan etika
2. Objektif Kedua
Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk kekayaan yang halal
3. Objektif Ketiga
Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati harta
benda
4. Objektif Keempat
Mulia = Moksha/ Vidu: Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi
Sistem kasta
Satu
institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai
system jati. Lazimnya system ini jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam
ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk
menghubungkaitkan konsep karma dengan system jati merupakan interpretasi yang
salah.
Sistem kasta masyarakat India boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan
berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas sosial
yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat
kepada lima kelas sosial seperti berikut:-
1. Brahmin: golongan
pendidik, intelek dan ahli agama
2. Kshatriya:
pemerintah, pentadbir dan tentera
3. Vaisya: pedagang
dan peniaga
4. Sudra: buruh dan
petani
5. Panchama/
Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna
Sistem
jati pula ialah satu sitem yang berasaskan kesatuan sekerja dan tidak mempunyai
hierarki sosial. Sistem ini wujud pada Zaman Veda kemudian bertujuan untuk
menjaga kebajikan ahlinya apabila pemerintahan pusat mengalami kemerosotan dan
tidak mampu menjamin keselamatan rakyatnya.
Kedudukan Wanita
Kedudukan Wanita Dalam
Masyarakat Indo-Arya
Pada
Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta
kesaksamaan seperti kaum lelaki. Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta
kitab-kitab suci. Selain itu, mereka juga diberikan peluang untuk mendapat
pendidikan yang sama.
Namun begitu, pada Zaman Veda
kemudian dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak
sekatan dikenakan ke atas mereka.
Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British
di India, pergerakan-pergerakan reformasi HInduisme telah membawa mengenai
masalah kedudukan wanita terhadap pihak British supaya ia dapat dihalang atau
diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama
pergerakan-pergerakan reformasi, kedudukan wanita dapat dipulihkan pada
kurun-19 dan kurun-20.
Kedudukan Wanita Dalam
Masyarakat Dravida
Pada
Zaman Sangam, kaum wanita diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat
India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan
dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.
Kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam.
Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan
dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India.
Bahasa dan Kesusasteraan
Kumpulan Bahasa
Bahasa-bahasa
India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa
Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Kesusasteraan Sanskrit
(Indo-Arya)
Terdapat
dua jenis kesusasteraan iaitu:-
· Kesusasteraan Vedik
1. Rig Veda
2. Yajur Veda
3. Sama Veda
4. Atharva Veda
·
Kesusasteraan Epik
1. Epik Mahabrata
2. Bhagavadgita
3. Epik Ramayana
Kesusasteraan Dravida (Dravida)
Terdapat
dua jenis kesusasteraan iaitu:-
·
Kesusasteraan Dravida
1. Aindiram
2. Agattiyam
·
Kesusasteraan Sangam
1. Puisi aham
2. Puisi puram
3. Tirukkural
4. Naladiyar
AGAMA DALAM TAMADUN INDIA:
Dalam
sesebuah masyarakat dan tamadun, perbincangan berkenaan persoalan kepercayaan
dan nilai menjadi begitu penting dan sesuatu yang pasti dititikberatkan.
Keadaan inin berlaku kerana melalui sisitem kerpercayaan dan nilai itu, ia
dapat membentuk suatu identity tersendiri dalam sesebuah tamadun.
Agama Hindu
Terdapat lima prinsip utama dalam
agama Hindu iaitu:
1.
Kuwujudan Tuhan yang tunggal
2.
Manusia itu suci
3.
Perpaduan melalui percintaan
4.
Harmoni agama, dan
5.
Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci.
Di samping itu, terdapat
sepuluhdisplin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini
iaitu:
1.
Kejujuran (satya)
2.
Kesederhanaan (ahimsa)
3.
Tidak berzina (brahmacharya)
4.
Tidak merompak (asteya)
5.
Kesucian (aparigraha)
6.
Kebersihan (ahaucha)
7.
Kepuasan (santosh)
8.
Mengkaji kitab (swadhyaya)
9.
Penjimatan (tapas)
10. Doa (pooja)
Agama Buddha
Ajaran Buddha yang mengutamakan
Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) merangkumi Empat Kebenaran
Mulia iaitu:
1.
Penderitaan itu universal (dukkha)
2.
Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya)
3.
Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha)
4.
Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirohda marga)
Segala penderitaan ada puncanya.
Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu:
1.
Kecuaian (avidya)
2.
Kecenderungan (samskara)
3.
Kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)
4.
Nama dan bentuk (nama rupa)
5.
Lima organ deria dan minda (sodayatana)
6.
Hubungan antara deria dengan objek (sparsa)
7.
Sensasi (verdana)
8.
Nafsu (trasna)
9.
Bergantungan kepada pewujudan (upadana)
10. Bertekad untuk lahir
(bhava)
11. Kelahiran (jati)
12. Usia tua dan kematian
(jara marana)
Ajaran
Buddha juga telah mengesyorkan Lapan Jalan Mulia untuk mencapai nirvana. Lapan
Jalan Mulia tersebut ialah:
1.
Pandangan yang betul (kefahaman)
2.
Aspirasi yang betul (cita-cita)
3. Pertuturan
yang betul (komunikasi)
4.
Kelakuan yang betul (aksi)
5.
Kehidupan yang betul (sara hidup)
6.
Usaha yang betul (daya usaha)
7.
Minda yang betul (mental)
8.
Konsentrasi yang betul (meditasi)
Lapan
Jalan Mulia ini adalah untuk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran
semula. Maka seseorang harus menghindari karma dengan menjauhi diri daripada
perbuatan jahat.
Agama Jaina
Agama ini
diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan
besar). Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad
dan Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang
dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep
karma dan samsara yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama
Jaina.
Agama
Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:
1.
Jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk
tumbuhan dan ia adalah kekal abadi)
2.
Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)
3.
Asrava (daya penarik)
4.
Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat)
5.
Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik)
6.
Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
7.
Samvara (menahan pengaliran karma)
8.
Nirjara (penghapusan karma), dan
9.
Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
Agama Sikh
Agama
Sikh diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan seorang Kshatriya Hindu yang
dilahirkan di Punjab. Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran agama
Sikh ialah menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transendental
dan Tuhan
adalah kuasa terkuat yang member kurnia menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme
juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau
dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu, maya, karma dan guru. Selain
itu, agama ini menekankan bahawa perkara-perkara seperti:
1.
Kekayaan
2.
Pertalian keluarga
3.
Pelajaran
Sifat
sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan dan mesti ditolak.
Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu perlulah dipandu oleh seorang guru.
SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA
:
Di Asia Tenggara,
sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun tempatan dianggap
oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai dan
Indianisasi. Walau bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat
bagi merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima
daripada tamadun India. Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati
bukan hanya membataskan sumbangan berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar
menjelaskan pembahagian kesan di antara agama Hindu dan Buddha.
Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh
tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan
pencapaian dalam bidang sains.
Pencapaian dalam Bidang Seni
Seni dan
kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah
mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti
berikut:
1.
Seni halus
2.
Tarian
3.
Drama
4.
Seni bina dan seni ukir
5.
Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Seni
1.
Matematik
2.
Astronomi dan Kalendar
3.
Fizik
4.
Kimia
5.
Logam
6.
Perubatan
No comments:
Post a Comment